Nuffnang Ads

jemput jadi kawan =)

Monday, May 13, 2013

belajar dan naik taraf skill

assalamua'laikum wbt ya sahabat ,

sejak sejak ni , datang balik mood dan keupayaan nak memasak.skill atau pengetahuan memang sangat kurang.paling kuat pun masak masakan kampung atau masakan harian sahaja.masakan western setakat yang gitu gitu.tapi selera bukan main.

semua nak.

masak tekedek kedek.

buku masakan alhamdulillah kakak saya yang seorang tu selalu bawa balik.yang di rumah emak pun ada beberapa.kira sudah lebih dari bersyukur dan sangat sangat membantu nak belajar atau masak resipi baru.kebetulan selera denoso saya ni bukan main.kikikiki.

alhamdulllah kelmarin saya buat oreo cheese cake.menjadi tapi masih kurang power.takpe sebab tak puas hati saya berazam nak buat lagi.ngeehee.inshaaAllah dengan izin dan rezeki olehNya.mak makan , ayah makan.tapi manis kata mak.emak saya ni sangat jaga pemakanan.kuat berpantang.sama dengan saya.pantang nampak ! nak makan aje.tapi memilih.aikk ?

selera denoso asyik nak makan western ! ya Rabb perkenankanlah doaku.moga moga aku pandai masak masakan barat.diet poket and jimat sebab buat sendiri.heee

emak ! selamat hari ibu ya.
moga rahmat dan kasih Allah serta hidayahNya sentiasa bersama emak !
aaminnn

p/s- redha kedua ibu bapa menentukan syurga anak anak.

Wednesday, May 8, 2013

diuji dan teruji

assalamua'laikum sahabat :)

perkongsian pendek.

ada baik kita teruskan kehidupan dengan terus menerus bersangka baik.bertabah dan sabarlah dijalan Allah.
dalam melangkah pasti ada cubaan yang menimpa.sesak dan hampir layu rasanya namun kita punya Allah.

maka berdoalah !
istiqamah dalam iman agar lebih tabah dan yakini segala ketentuan Allah itu baik dan rencanaNya adalah sebaik baik perancangan.

tenang sabar syukur dan redhalah wahai hati .

p/s : bukan main pemalas dan selalu lupa nak update tulisan.sabo je la :P

Tuesday, February 19, 2013

Kuala Lumpur vs Kampung

Assalamua'alaikum sahabat ,

bukan untuk menghuraikan definisi pada tajuk tetapi lebih kepada pilihan kita untuk bermastautin di kampung ataupu di bandar ,

beberapa tahun lalu selepas habis selesai tanggungjawab sebagai seorang pelajar iaitu tamat SPM saya sekadar berhasrat untuk mencari kerja sementara tunggu result keluar.jadi saya memang tak kesah kerja apa dan dimana asalkan halal lagi direhai Allah.

kebetulan Allah telah rencanakan rezeki saya untuk menabur bakti lebih kurang tiga bulan atau kurang di pos besar kl , daya bumi.

dan alhamdulillah juga berkat doa emak ayah keluarga dan pertolongan si kakak untuk saya dapatkan kerja tu,jadi saya mendapat restu emak ayah untuk kerja di sini(kl)

sekadar memberitahu , saya tak berasa teruja dengan Kuala Lumpur.cukup sekadar saya berbangga kerna KL memang hebat dan lubuk rezeki anak2 muda atau apa juga usianya mencari rezeki.

kl kota sibuk dan tak pernah sunyi.

dari kecil pun saya sudah puas duduk di sini sebab ayah emak memang duduk sini since kahwin tak silap.lagi pula atok(sudah arwah,Al Fatihah) dan opah sebelah ayah memang menetap di kl , kampung delima belakang istana negara.setelah usia saya menginjak 7 atau 8 tahun baru kembali ke perak atas urusan kerja emak dan ayah.

di kl saya melihat kehidupan yang serba maju , ya sangat maju dan di luar pemikiran saya bahawa rupanya kota kl amat luar biasa orang2 dan kehidupannya sama ada orang berada atau biasa2 saja.

berbalik pada tawaran kerja tersebut , saya berdoa kepada Allah agar pilihan ini baik dan benar2 membantu saya menimba ilmu dan menyimpan sedikit uwang demi mengejar cita2 untuk sambung belajar walaupun duit tu tak sempat pun digunakan untuk belajar.hee

alhamdulillah kerja ok tapi entah kenapa saya kurang selesa dengan budaya dan cara orang2 sini.bukan mengata atau membeza2 tetapi kebenaran bahawa orang2 sini(bandar) sangat sibuk dengan kehidupan kerja kerja kerja dan kerja sahaja.apalagi isu sosial dan kehidupan yang sangat slumber badak bergaul lelaki perempuan,namun tak pulak saya senang2 menghakimi cara orang2 bandar.yang kelakar walhalnya saya kecil2 lagi sudah hidup disini dan selalu ikut emak meniaga di brickfields.agaknya kecik2 tak tau dan tak faham rentak manusia.

dah besar udah reti takut dan macam2 lagi.

tetapi kalau kehidupan di kampung pula banyak yang saya sukakan ,
kalau ada yang membaca jangan pula rasa sesuatu sebab ini sekadar tulisan pengalaman dan dicoretkan sebagai kisah sahaja.

saya tak tau kenapa tapi saya extra bangga dan suka bila orang cakap saya orang kampung atau apa jua yang berkaitan.sebab saya tahu kehidupan kampung itu amat dekat dihati.saya tak reti nak rasa malu asal dari kampung atau duduk di kampung malah saya berimpian untuk membina sebuah rumah di kampung.tak kesahla papan batu atau plywood.hehe

asal kampung.tenang damai dan membahagiakan sekali!

di kampung (sebenarnya kampung tidak seperti dulu ada tempat2 yang lebih kurang sama kemajuannya seperti di kota kl) saya tetap dapat membina angan2 dan mencipta kehidupan yang baik.alhamdulillah,biar tidak glemer tetapi suasana kampung selalu menggamit memori sangat istimewa di hati.

alhamdulillah sebab berkesempatan sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah petang(agama rakyat) dan sekolah menengah di kampung(perak) saya ,cuma hanya selepas habis SPM saya berhijrah kembali ke kl iaitu shah alam untuk sambung belajar.seterusnya sambung di kl dan juga kerja serata area yang saya tak pernah terfikir.

bidang kerja seperti saya memang perlu untuk saya ketengah ketepi.alhamdulillah dari perak,petaling jaya,kuala lumpur,rawang dan damansara menjadi rutin laluan dan penginapan untuk melangsaikan tugas.

cumanya berbalik pada tajuk 'kuala lumpur vs kampung ,
tak banyak beza atau mana lebih baik.

akan tetapi andai diberi pilihan saya akan memilih suasana damai lagi indah ,
kampung tetap di hati.dan mungkin kota ada pusat untuk mencari rezeki yang Allah beri.

p/s: duduk kl rindu kampung.duduk kampung teringat kl.padahal dua2 sama - rumah dan kerja !!!











Wednesday, January 16, 2013

sakit gigi / gusi bengkak

Assalamua'laikum sahabat ,

sabar ajela . ye sabar.hee
mudah2an hari hari mendatang dijalani penuh rasa syukur meskipun dilanda sebarang masalah yakni ujian hidup.adatlah kan :)

rasanya hampir seminggu dah gusi dan gigi sakit. Allahurabbi.
dah takde rasa sedih dah kalau sakit sebab udah kerap bebeno.dahtu selalu delay app nak jumpa doc.ya rabbi.bertuah betul.

doakan saya terus tabah dan diberi Allah kekuatan untuk hadapi sakit yang tak seberapa cuma ni ,

kembali pada kerja yang tertangguh itu.

cobaan sungguh bila sekadar nak menyiapkan tugasan rekaan bagi 2 couples of board pun pening.siap then tak puas hati.draw semula etc.Allahu Ya Rabbi.

moga Allah permudahkan segala urusanku.
limpahruahkanlah rezeki ke atas ku ya Allah.aaminnnn

p/s- sakit ke tidak mari buat kerja sahabat :)

Thursday, December 27, 2012

pavlova

assalamua'laikum sahabat :)

mudah2an dihujung2 tahun baru ni saya tinggalkan tabiat jarang2 update ulasan di blog ini.moga2 mulai sekarang dan tahun baru 2013 akan datang saya dikurniakan Allah idea yang berguna untuk isikan disini.

kalau sudi moh jenguk dessert yang saya buat ni.suka saya beritahu setiap hal yang berbentuk masakan memang saya tidak arif,sekadar buat yang tahu dan dibawah kemampuan.

resipi pun saya rembat dari television mahupun internet.tapi yang peliknya saya suka memandai2 ubah bahan/cara dan apa sahaja mengikut keadaan dan keperluan bahan.kadang2 saya memang main bedal aje.


pavlova versi ana :)


biasa mesti anda lihat berbentuk bulat dan ada yang rajin akan buat lapis demi lapis(dua lapis macam kek gitu) tapi saya buat petak.sebab saya hanya guna satu dulang pembakar.bukan nak cipta kelainan tapi ni mandai2 and buat ikut sedap aje.hee

baiklah resipi ni pun mungkin portionnya basic dan kecil,apapun ikutla anda ye ,

pavlova ana
bahan bahan
4 telur ayam (putih sahaja)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu besar teh cuka
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

** guna api bawah sahaja waktu bake.panaskan pada suhu 140dc.and bila masak tukar pada suhu 120dc.

cara cara
1-putar putih telur pada kelajuan paling tinggi hinga gebu.masuk gula and putar pada kelajuan sama.masukkan tepung putar lebih kurang 3minit lagi.
2-masukkan esen vanilla and cuka.kacau rata.
3-sediakan dulang and jangan lupa atas dulang isikan baking paper.isikan bahan yang diputar tadi atas dulang tersebut,ikut kemahuan kita nak bentuk apa,bulat bintang etc.
4-lepas 1jam 15 minit (masih bergantung pada oven masing2,kan tak sama ) lihat ok tak,if dah ok biarkan ia rehat dalam oven lebih kurang 10minit.
5-putar whipping cream (ada jual di hypermarket/kedai2jual bhn and alat2 buat cake bagai)selama 10-15 minit.putar hingga gebu ,

ni resipi ni saya copy paste aje dari facebook saya sebab sudah tak lalu nak taip :)
selamat mencuba tapi maaf kalau ada yang kurang ye ,

p/s-teringin mahu jadi orang lain yang mahir dalam pelbagai bidang,misalnya masakan.maknanya dia tahu masak apa jenis pun.kalau saya,saya sangat suka makanan barat jadi kenalah rajin buat baru terror.hihi


Friday, November 30, 2012

fsave syria.free gaza


Allah Maha Esa ,sesungguhnya dengan doa dan usaha serta tawakal kepadaNya adalah cara dan jalan terbaik bagi menunjukkan kita bersatu menentang musuh ,kita berjuang untuk memerdekakan seluruh saudara kita yang ditindas.


Assalamua'laikum sahabat  :)
menulis dinihari moga Allah panjangkan usia diri ini dengan limpahan nikmat keberkatan serta berusaha mencari redho Allah setiap detik dan waktu.

moga moga rasa sedih dan gusar dijiwa dapat dibersih dan dirawat dengan kekuatan doa .
doa buat diri,ibu bapa keluarga dan seluruh saudara kita.ayuh berubah kepada kebaikan sahabat!

p/s-ada waktu anda amat merindui saat2 anda berasa aman dan tenang pada satu2 situasi :)





Sunday, November 25, 2012

Free Palestine

assalamua'laikum wbt sahabat ,
tiada apa yang lebih baik dan dapat dilakukan pada mereka yang amat memerlukan bantuan dan pertolongan,adakalanya bentuk pertolongan hanya dibibir dan terletak kemas pada hati sahaja.namun untuk menggapai langkah amatlah sikit polanya.jadi apa salahnya kita kirimkan doa dan bentuk sokongan pada saudara islam kita di palestine ...

moga usaha murni kita demi saudara islam seluruh dunia mendapat redho dan dikabulkan segala doa kita olehNya,mari mendoakan agar bumi palestine dilindungi Allah selalu.moga saudara kita diberi kekuatan dan semangat hadapi musuh rejim zionis laknatullah!

andai anak sekecil ini berupaya menunjukkan tanda sokongan dan doanya.mengapa tidak kita?


 selamatkan gaza Ya Allah!
free palestine!long live palestine.


jangan putus doa sahabat.jangan bermusim doa dan pengharapan kita agar bumi palestine aman.
love gaza :)


wahai anakku moga kamu menjadi anak yang kuat dan semangat hadapi cobaan.moga kamu berani hadapi musuh dan segala rintangan di masa depan! ingat Allah itu sentiasa ada !


teringat satu waktu tidak lama dulu,ketika menuntut di Unisel Shah Alam,saya ada nukilkan satu sajak/puisi khas mengenai bumi palestine.cuma.saya sedih sebab saya dah terhilangkan karya tersebut.tapi alhamdulillah bila teringatkan ada hamba Allah sanggup bacakan sajak itu(sebelum hilang dan saya sendiri hairan sebab tak save dalam komputer) di satu majlis yang berkaitan namun saya tidak dapat menghadiri atas urusan peribadi.dan lebih membekas di hati saya tidak segan dan silu mengutip derma hampir lebih 10 buah premis di sekitar seksyen 2,seksyen 7  dll untuk derma palestine sebelum majlis iu diadakan pada hari kemuncak.
namun hasil tidak membanggakan,derma yang dipertikai dan diperlekeh.apapun saya bersyukur,sebab Allah Maha Melihat usaha saya dan sahabat yang sama2 turut serta dalam jejak itu.biarlah walau sedikit tapi Allah Tahu seperti apa dalam hati saya,

p/s -sahabat doakan diri sendiri,ibu bapa keluarga masyarakat dan doakanlah seluruh umat islam didunia ini.
freedom for palestine!